Loading...

Thursday, June 11, 2020

Bersisik Bak Ular, Bocah 10 Tahun Bakal Tanggung Penyakit Kulit Kronik Sepanjang Hayat

Loading...
Loading...
Bersisik Bak Ular, Budak 10 Tahun Bakal Tanggung Penyakit Kulit Kronik Sepanjang Hayat


Tiada siapa mahu dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna, begitu juga dengan seorang kanak-kanak dari Ganjam, India bernama Jagannath, berusia 10 tahun yang menderita penyakit kulit dikenali sebagai, Lamellar Ichthyosis.



Penyakit itu membuatkan kulit bersisik seperti ular, jadi disebabkan kondisi kulitnya, Jagannath harus mandi setiap jam dan memakai pelembap, tiga jam sekali.
Kering, mudah mengelupas
Itulah rutin yang perlu dilakukan kanak-kanak 10 tahun tersebut. Ini kerana, jika kulitnya menjadi kering ia akan sangat mudah mengelupas dan boleh menyebabkan luka.
Bukan hanya menderita masalah kulit, malah kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk berjalan dan hanya bergantung dengan tongkat.

Luluh hati tengok anak derita
Bapanya, Prabhakar Pradhan, menemui jalan buntu setelah diberitahu bahawa penyakit anaknya itu tiada ubat yang mampu merawatnya.


Luluh hati seorang bapa, melihat setiap hari anaknya menanggung sakit. Namun, apalah daya, dengan pendapatan yang tidak seberapa dia tidak mampu membawa Jagannath mendapatkan rawatan pakar.




Tanggung sepanjang hayat
Berdasarkan pendapat pakar, Lamellar Ichthyosis adalah salah satu daripada penyakit kulit yang jarang ditemui dan dalam setiap 200,000 kelahiran akan mengalami, yang lazimnya menyebabkan pesakit menderita sepanjang hayat.
Sumber : Harian Metro
Loading...
Bersisik Bak Ular, Bocah 10 Tahun Bakal Tanggung Penyakit Kulit Kronik Sepanjang Hayat
4/ 5
Oleh